Tuesday, June 9, 2015

Pengembaraan Ke Tokyo, Jepun (3)









Assallamuallaikum,

Sambung lagi catatan ke negara Jepun. Poin yang saya bagi di sini tak mengikut urutan. Apa yang terlintas ke dalam otak saya, saya taip dan share. Sebenarnya tak ada masa sangat nak planning nak tulis apa, saya risau penyakit Malas saya akan menyerang pada bila-bila masa. Harap kawan-kawan memahami kekurangan diri saya ini. Saya sambung lagi beberapa poin, ke negara Jepun.

6. Stamina? Janganlah risau kalau kawan-kawan gemuk macam saya. Yang bagusnya, bila badan berlemak, kita tidaklah merasa kesejukan sangat. Awalnya saya nak beli baju sejuk ketika berada di Jepun. Kira macam hadiah untuk diri sendiri. Tapi, satu hal, susah nak cari saiz. Kedai baju terpakai pun tak ada sangat. Satu hal, harga mestilah mahal. Saya cuma memakai baju tshirt lengan panjang dan single di dalam. Tshirt cotton negara kita memang sesuai untuk menahan sedikit kesejukan. Kawan-kawan boleh juga membeli pakaian tahan sejuk jenama Uniqlo kalau singgah di KLIA2. Tapi kalau kawan-kawan jenis tak berduit sangat, haaa..pakai baju cotton biasa pun dah okay. Tapi kalau badan kurus, bawalah sweater. Bawa barang pun jangan banyak sangat, stamina nak angkat backpack tu penting. Saya tak pastilah cara perjalanan kawan-kawan ke Jepun macam mana, tetapi ketika berada di sini, kami memang menggunakan kenderaan awam seperti keretapi bawah tanah untuk ke mana-mana. Jadi, saya nasihatkan bawalah backpack sederhana dan backpack kecil untuk simpankan kamera, botol air, beg duit.. Cuba sedaya upaya kurangkan risiko kecurian atau bebanan beg semasa mengembara. Kalau jenis nak beli barang, bawalah beg kitar semula untuk tempatkan barang belian. Beg kitar semula sangat murah dan boleh dipakai berkali-kali, serta sifatnya yang ringan. Sebelum memulakan perjalanan, makanlah makanan tenaga seperti pisang (murah dan berbaloi). Di Jepun, saya tak nampak orang berjalan atau berdiri di tepi bangunan sambil makan-makan. Atau kebetulan saya tak nampak, atau camana? Mungkin memang dah jadi adat untuk menjaga keperibadian diri walau di mana saja berada. 

7. Kamera? Terpulang kepada kawan-kawan ni jenis camana. Saya ada membawa 4 biji kamera. Sebab kadang-kadang ada moment sesuai pakai kamera yang ini, ada moment yang tak sesuai nak pakai kamera besar. Tapi untuk mengurangkan risiko yang bukan-bukan, saya lebih suka membawa kamera Go Pro dan Handphone. Untuk perjalanan ke Jepun, saya ada membawa DSLR dan Compact Fujifilm. Semuanya saya gunakan, entahlah bila masa nak godek file gambar. Hahaha. Most of the time, saya cuma pakai kamera kecik-kecik. Melainkan saya follow trip photography, saya luang masa untuk pakai kamera gedabak. Buat masa ni, sekiranya ada yang bertanya kamera apa sesuai nak bawa mengembara, saya cadangkan Go Pro dan Fujifilm X100T. Nanti saya kongsikan pula pengalaman saya memakai kedua jenis kamera ini.

8. Best tak Jepun? Mestilah best, dah lama saya teringin nak ke Jepun. Tapi untuk datang sekali lagi, saya akan memilih tempat seperti kawasan kampung-kampung. Saya tak teruja sangat dengan pembangunan kemajuan. Di Tokyo, beberapa buah bandar yang saya lalui adalah sama seperti di Kuala Lumpur. Bezanya Kuala Lumpur banyak mempunyai bangunan pencakar langit manakala Jepun sekadar kurang dari 10 tingkat bangunan mereka. Tolak mercu tandalah. Kita kena faham, Jepun ialah negara yang sering dilanda gempa bumi. Atas faktor keselamatan, mereka tidak membina bangunan tinggi-tinggi tetapi mereka melebarkan tanah pembangunan. Sekadar melawat ke Ueno Park semasa hujung musim Sakura, ladang tanaman Tulip di Narita, hujung bandar metro Odaiba, ini belum cukup memuaskan hati saya untuk gembira ketika di Jepun. Kalau ada rezeki lebih, saya akan datang lagi tetapi tidak akan ke Tokyo.

9. Internet? Internet percuma ada di mana-mana saja. Cuma kita kena daftar. Tak payahlah beli simkad Jepun sebab cas nya memang mahal. Setiap kawasan utama mempunyai ruang wifi yang disediakan khusus untuk pengguna. Atau cuma berada di dalam stesen keretapi, kita boleh menikmati internet dengan buasnya. Saya sampai tak tahu nak surf apa ketika berehat di hostel. Internet di sana sangat laju. Mungkin ini tanda-tanda sebuah negara maju yang power extreme. Lagipun, ketika mengembara, tak payahlah pegang internet sangat. Nikmatilah percutian. Balik hostel barulah update gambar share dekat Facebook. Heeeeee.

10. Kawan-kawan? Saya galakkan ikut rombongan backpack, satu hal murah. Kedua, mind set macam selari. Entahlah susah nak terangkan. Setakat macam-macam peel tu biasalah. Ketua rombongan akan meletakkan kita pada satu tempat, kemudian set masa berapa lama nak jalan-jalan di situ. Kita tidak terikat pada 'protokol' perjalanan, yang penting menghormati masa yang ditetapkan. Ada juga pengalaman kawan-kawan yang lambat, tapi biasanya terjadi kalau misscommunication. Tapi kalau dah biasa terlambat, janganlah ulang lagi. Sejuk nak menunggu. Terpulang pada individu sebenarnya. Masa menunggu tu, bolehlah baca buku ke. Tengok persekitaran ke.. biasalah tunggu menunggu. Masa di Jepun, saya banyak berjalan sendiri. Sebenarnya dalam trip ni, hanya ketua trip saja yang saya kenal, yang lain semua kawan baru. After all, i prefer to walk alone. Bukan sombong tau.


Ok, 5 poin catatan lagi. Nanti saya sambung lagi. Ciao.

1 comment:

Khamsi Abdullah said...

X100T memang idaman.. tapi setakat ni tak berpeluang beli dan guna lagi. Cantik-cantik gambarnya.