Wednesday, March 31, 2010

Tuesday, March 30, 2010

Lena Rudarf


Aku rasa sepanjang aku berblogging, ini kali pertama aku posting gambar hitam putih. Please meet Lena Rudarf. Have a nice day!

Sunday, March 28, 2010

Gua dengan Kurt Cobain.


Minggu ni, aku tak terima lagi jadual kelas mengajar. Aiseh! Nak kata semangat nak mengajar pun tak juga. Berdebar pun ada juga. So, sepanjang minggu ni aku masuk kelas relief. Ganti mana-mana kelas yang cikgu dia sedang bercuti hal tertentu. Dah banyak kelas aku dah masuk. Aku pun sebenarnya tatau nak buat camana nak standing jadi seorang cikgu kat depan kelas. Standard ah, purata sekelas tu lebih kurang 30-35 orang. Kelas depan ramai pelajar perempuan manakala kelas ujung ramai juga pelajar lelaki. Kelas ujung, macam aku dah cerita sebelum ni..memang ada perangai2 nakal dan sedikit gengster. Hahaha.. Bukan gengster la dol, tp agresif.

Hari Khamis, aku masuk kelas 1F. Kelas ni memang aku takan lupa sampai bila-bila ah. Pelajar lelaki dia memang tahap beruang betul agresif dia ni. Bagi aku bukannya dorang ni jahat pun, tapi sekadar nak minta perhatian dari guru. Cuma ada satu ketika memang aku dah penat nak -suruh dorang slowkan sikit suara bila bercakap. Bila aku utarakan satu-satu soalan, semua berebut nak menjawab. Bukan soalan akademik pun, soalan pra-perkenalan ah. Mula-mula aku layan lagi ah. Tapi bila aku dah banyak terima jawapan kurang pandai, aku pun jadi lemau.

"Gua tak kisah korang nak jawab banyak-banyak, tapi gua nak jawapan yang menunjukkan kamu berfikir sebelum menjawap"

Kelas jadi diam. Opss, apakehal aku bahasakan diri aku Gua pula ni. Haih, pengaruh luar dah masuk dah. Lepas tu dorg bantai gelak. Tapi aku cepat-cepat ckp, aku suka tengok filem. Jadi kena warna warnikan perkomunikasian kita, kata ku. Padahal, aku dah tersasul. Sit! Pada pendapat aku, memang kita tak boleh salahkan mereka. Sebab umur aku dan dorang pun dah jauh beza. Ofkos dalam komunikasi dengan mereka pun ada caranya.

Masuk kelas relief Kemahiran Hidup, gabungan kelas 2F dan 2G. Aku fikir kelas ujung tingkatan 2 ni pun sama agresif nya. Gabungan ni hanyalah pelajar lelaki saja. Manakala pelajar perempuan dijaga oleh guru lain. Macam biasalah, bila aku masuk kelas, aku suruh pelajar lelaki betulkan neck tie terlebih dahulu. Buat masa ni, pelajar yang lambat masuk kelas aku suruh berdiri di depan kelas, di tepi aku. Ataupun pelajar yang banyak cakap. Bukannya mendenda, tapi alasan aku, mungkin pelajar-pelajar ni teringin nak jadi seorang cikgu. Hari itu aku bagi mereka peluang untuk merasa bagaimana berdiri di depan crowd. Hahaha..Masuk kelas 2f-2G ni memang aku dah prepare mental aku dah. Tapi kita kena tackle ah (walaupon gabrah). wkakakaka..

Apa musik kesukaan korang? [apakehal soalan pertama aku berbunyi cam ni!]
Kelas kitorang suka Grunge dan Rock cikgu! - pelajar paling depan. Haih! ini aku suka nak soal lagi.
Grunge? Sapa penyanyi Grunge yang paling popular kamu tau?
[aku tengok mereka nak jawab, tapi masih blur-blur. Ataupun jawapan dah di hujung lidah, tp lupa beberapa perkataan]
Kurt Cobain? Bagaimana?
Ya la cikgu! Nirvana! - ada salah sorang pelajar bertubuh besar menjawab! Ah! Aku lagi agresif!
Lagu popular Nirvana?
[Ah!!!! aku lihat pelajar bertubuh besar tadi tertutup matanya, macam nak mengingat sesuatu. Yang lain pula, pandang dia untuk tunggu dia keluar jawapan]
Bagaimana dengan Smells Like Teen Spirit? You Know You're Right? Atau lagu yg pemes kat kampung2 The Man Who Sold The World??
Hui, cikgu ni! [mereka bersorak]
Apa korang fikir, cikgu ni cincai???? Ok, apa perkara yang membuatkan Kurt Cobain terkenal sampai ke hari ini. Kamu? [aku tunjuk pelajar bertubuh besar itu]
Dia bunuh diri, cikgu.
Bunuh diri yang macam mana? [aku tembak]
Dia tembak diri sendiri di kepalanya, cikgu.
Keadaan yang macam mana? [Tembak! Dia terkumat kamit, aku pandang mcm aku ni ketua lanun]
[pelajar lain pandang dia, pandang aku. Pandang dia, pandang aku..]

---------------------------------------------------------------------------------------

Seisi itu diakhiri dengan pertanyaan.

Cikgu ajar kelas kami ke?'
Aku jawab, 'tak'
Ala, cikgu ajar la kelas kami, cikgu.
Hahaha. [aku keluar dari kelas]

Tadi aku dengar dorang jawab, Wali Band. Haih.

Thursday, March 25, 2010

RM300, RM60, RM120 bla bla bla..baki cikgu!!!!!!!


Siapa sini hendak masuk universiti
[ada kurang dari 10 tak angkat tangan]
Yang tak mahu masuk universiti, kamu nak buat apa lepas spm?
[mereka diam-diam]
Ok sekarang, cuba bayangkan kamu gagal dalam spm dan pergi kerja di bandar dengan gaji RM300 sebulan. Kerja jaga kedai baju ke, kerja dengan kedai makan ke? Cuba buat kira-kira ni.
[kelas diam]
Kira ya! Tambang dari Batu Sapi ke bandar berapa dan kemudian darab 2 sebab ianya meliputi pergi dan balik.
RM1.00 cikgu, jadi RM2.00 sehari cikgu !
Ok kemudian, kamu darab dengan 30 hari. Ini kira sebulanlah. Berapa?
RM60.00, cikgu!
Kemudian, sehari kamu hanya makan tengahari. Kira-kira berapa?
Kita makan yang paling murah cikgu. RM2.50 atau RM4.00 [mcm2 jawapan aku dapat]
Ok, purata RM3.00 sehari. Cuba darab dengan 30 hari? Dah berapa? Simpan dalam otak.
[aku tengok masing-masing sedang berkira-kira]
Lepas tu kamu tolak dengan belanja topap kamu, nak beli baju lagi..bla..bla..bla..bla...
Alamak!!! Baki pula cikgu!!!!! [satu kelas gelak]
Jadi, sekarang ni kamu dah nampak masa depan kamu macam mana kan? Itu sekiranya kamu bergaji RM300 sebulan. Lagi bernasib baik kalau kamu masih ada ibubapa. Boleh makan nasi lagi kat rumah. Ada sesiapa yang sudah tiada ibu atau bapa di sini?
[kurang dari 5 orang angkat tangan, suasana kelas menjadi suram]
Kamu..bangun. Nama kamu siapa? [aku pilih salah sorang tadi, lelaki.]
[aku lupa namanya siapa]
Asal mana?
Dari Pulau Timbang cikgu.
Oh, jadi duduk hostel la ni kan? Ayah kamu yang meninggal?
Ya, cikgu. [ Dia tunduk]
Adik- beradik ada berapa dan kamu nombor berapa? [aku soal dalam nada yang rendah]
Ada 12 orang cikgu. Saya tengah-tengah.
Jadi, sekarang kamu mahu bergaji RM300 sebulan atau tidak? [sengaja aku jump cerita]
Tidak, cikgu. [kelas masih diam, mungkin masing-masing sedang berfikir]
Kamu yang lain? Yang masih ada ibu bapa? Boleh bayangkan macamana keadaan kamu? Kawan kita ini hanya tinggal ibu saja. Dia terpaksa berjauhan dari adik beradik jauh di pulau.
[kelas masih diam, dan aku lihat pelajar lelaki tadi itu sudah menitiskan air matanya. Aku turut sebak]
Kamu tahu apa yang membezakan manusia lain dengan manusia yang lain selain daripada iman?
Tidak, cikgu ))))
Ilmu. Salah satunya, kamu kena lulus dalam sekolah. Kemudian masuk universiti. Kemudian dapat kerja yang bagus-bagus. Ada juga yang tak dapat masuk universiti tapi mereka juga boleh berjaya. Itu manusia bersungguh-sungguh namanya. Mungkin semasa remaja, mereka tak dapat bersekolah seperti kamu. Tapi mereka ada cita-cita yang tinggi. Jadi, kamu semua mahu berjaya atau tidak?
Mahuuuuuuuu ))))

________________________________________________________________

Mungkin bagi kita yang sudah dewasa ini merasakan masuk universiti cuma satu syarat biasa. Tapi mereka yang kecil ini harus dibimbing. Dulu masa aku naik tingkatan 1, tiada cikgu yang menceritakan hal sebegini kepada aku pun. Aku tidak mahu menyalahkan masa lepas, aku hanya mahu terus ke hadapan. Biar mereka tahu, masuk universiti adalah puncak kejayaan di hujung remaja. Aku hanya bagitahu asas kehidupan, salah satunya. Iya, aku sudah berbuat kebaikan semalam.

Monday, March 22, 2010

Senyum. Klik. Klik.

Jangan terlalu banyak ber-perasan (macam bagos).
Pergilah cari hidup kamu.
Selamat kembali ke trek.

Saturday, March 20, 2010

Aku letak ketakutan, kepergian dan 'kematian' pada satu baris ayat.

Aku sudah mengalah kepada kamu. Aku menjadi trauma mahupun fobia pada apa-apa perkara yang aku lihat pasal kamu. Nama kamu. Bayang-bayang kamu. Apa-apa saja tentang kamu. Aku sudah nampak ‘maaf’ kamu, tapi aku sudah tidak mahu peduli apa-apa pun. Aku sudah keluar dari ruang itu. Aku sudah tidak mahu apa-apa lagi. Katalah apa saja tentang aku. Aku egois, aku mengjengkelkan kamu, aku membuat kamu marah semarah-marahnya dan apa-apa lagi sikap buruk yang ada pada aku.

Janganlah lakukan apa-apa lagi. Janganlah lagi buat sesuatu yang akan buat aku ‘nampak’ akan kamu. Jangan paksa untuk aku ‘terima’ apa-apa keadaan sekalipun. Apa saja kamu buat, akan jadi racun kepadaku. Bila sudah menjadi racun di dalam tubuhku, lama-kelamaan aku akan mati. Aku masih tidak mahu mati. Segala tutur kamu, yang telah aku butakan hati dari sejak ‘kepergian’ kamu (yang dulu) sudah terkumpul menjadi racun di dalam tubuhku. Aku semakin lemah, kerana tubuhku sudah habis maya untuk melawan ‘racun’ yang kamu beri secara tidak sedar. Aku memang sudah tidak bermaya.

Kesilapan yang aku buat membuktikan aku manusia biasa. Tiada kuasa supernatural yang mampu menggembirakan semua orang pada sepanjang masa. Tetapi kamu menganggap aku sebegitu rupa (anggapan-anggapan kamu) sehingga selayaknya aku dihina. Sedarlah, kamu juga manusia seperti aku.

Kita tidak pernah berjanji apa-apa. Jadi, jangan bimbang tentang apa pun. Janganlah dihina aku lagi. Aku semakin takut kepada kamu. Kalau aku punya kuasa sihir, aku akan sihir ‘ingatan-ingatan’ kamu terhadap aku. Aku juga tidak mahu kamu terbeban dengan masa lepas, yang mana punya watak aku di dalamnya. Sekarang ini, aku hanya berharap ada kuasa-kuasa dari langit supaya menjaga kehidupan kamu. Itu saja doaku.

Terima kasih untuk semua perkara-perkara kebaikan. Semoga bergembira selalu.

Monday, March 15, 2010

Outing : Shary, Dicc, Chi & Janet with her children


Kalau bercakap soal fotografi, aku memang betul-betul praktikkan motto Saiful Nang iaitu ' Don't think, just shoot'. Kalau kamu tanya aku tentang setting kamera ni, segala nombor-nombor berkaitan di dalamnya, memang aku tatau. Betul-betul naif hal-hal gajet fotografi ni. Bagi aku, gajet tu memanglah penting, tapi kalau kamu tak ada kemampuan..yang penting adalah cara memanipulasi apa saja kemudahan yang ada di sekeliling kamu. Memang satu bonus kalau kamu ada gajet yang baik, tapi tak payahlah nak merendahkan orang lain pula. Mesti korang selalu dengar bila orang kata, ada gajet baik ni tak semestinya gambar pun bagus juga. Biarlah dorng, diorang ada rezeki lebih nak beli gajet yang bagus. Cuma kita boleh berharap mereka pun boleh hasilkan gambar yang bagus, dan kita yang kekurangan ni harus bekerja kuat untuk mendapatkan shot-shot yang 'menggembirakan'. Seronok bila keluar untuk outing, setiap minggu mesti ada rakan baru yang aku akan kenal. Dapatlah juga bertukar-tukar pandangan dan idea, lepas shooting pergi makan-makan.

Bagi aku, fotografi adalah satu terapi untuk diri sendiri. Selain dapat menjelajah ke tempat-tempat baru, kita juga dapat pengalaman melihat 'kehidupan' manusia lain. Aku harap kamu semua pun boleh bergembira dalam apa juga benda yang kamu buat. Bye.

p/s Jaga diri baik-baik. Semoga kepergian masa lepas itu dapat memberi ruang untuk kita membina diri masing-masing. :')

Saturday, March 13, 2010

Garis.

Aku mengaku kadang-kadang aku terlalu ingin menjadi manusia yang berguna untuk orang lain. Aku mengaku kadang-kadang aku tidak mahu berfikir negatif walau sedikit pun. Aku juga mengaku aku suka membuang hal-hal tertentu yang kononnya aku tidak perlu sama sekali. Aku mengaku aku mencuba menutup deria untuk apa-apa perkara yang menyakitkan. Tetapi Tuhan tidak mengajar kita untuk membenci, apatah lagi memutuskan sillaturahim.

Aku jadi fobia.

Kenapa kamu memusnahkan hidupku? Jangan tidak pernah mengaku. Jangan fikir bila aku tidak bercakap, maknanya aku takut. Aku sentiasa memerhati kamu. Nampaknya perenggan pertama di atas bercanggah dengan perenggan ketiga ini. Aku memerhati kamu kerana sebelum ini aku menganggap kamu ialah dampinganku. Aku cuba ikhlas menjadi sebahagian kamu. Tapi kali ini, aku sudah nampak kamu bersorak riang kerana telah memusnahkan diriku. Aku sudah menjangkakan perkara ini berlaku. Dahulu, kamu memusnahkan orang lain tetapi aku menadah telinga untuk mendengar kebimbangan kamu. Aku fikir kamu tidak sesekali mengkhianatiku.
Perempuan, belajarlah menjadi seorang ‘perempuan lain’. Jangan begitu sundal memusnahkan hidup orang lain. Aku juga melihat cinta-cintamu sedang musnah. Itu balasan kepada kau yang dulu menjadi pemusnah. Silap, bukan dulu. Sekarang pun. Kau tahu, setiap air mata perempuan lain yang jatuh kerana perbuatan kau merupakan doa keterbalikkan.

Aku fikir sekarang aku harus melukis satu garisan sempadan. Aku tidak mahu ada apa-apa lagi perkara berkaitan. Perenggan pertama dan ketiga aku sudah tinggalkan. Selepas garisan di sebelah sini, aku menutup habis-habisan. Katalah saja aku egois. Ketawakan sajalah sikapku. Demi diriku sendiri, aku tidak mahu merasa bimbang lagi. Aku petik, aku cantas dan aku lambung. Jatuh ke lantai, aku pijak dan aku ludah. Itu maruahmu.

Jangan bimbang. Aku bukan Melayu, jadi pepatah menjilat ludah sendiri tidak sesuai untuk aku.

Tuhan, sekarang beri aku nafas yang baru. Aku hampir mati sebenarnya. Tetapi ,ada satu sudut di dalam hatiku yang sudah mati. Ku jelmakan dia menjadi susuk halus. Dia akan menangis merintih kerana telah kehilangan cintanya. Aku letak dia di sebelah dirimu, aku menyuruh dia berbisik kepadamu. Biar kamu takut.

Aku mahu pergi sekarang. Di balik garis ini. Aku tiada doa untuk kamu.

p/s Mas, bersabar.

Thursday, March 11, 2010

Kelas.

Hari ini aku menjaga 3 buah kelas peperiksaan. Tapi hanya 2 kelas yang menarik perhatian aku untuk diblogkan. Satu kelas merupakan kelas 'hujung' dan satu lagi kelas pelajar yang cemerlang semasa UPSR yang lepas. Aku boleh melihat jurang yang begitu ketara kepada kedua buah kelas ini. Kelas hujung, kelasnya agak serabut sikit, ada papan dinding yang sudah pecah, buku kehadiran entah ke mana dan pemakaian pakaian seragam agak comot sedikit. Bau-bau kenakalan sentiasa harum semerbak. Pencahayaan bilik kelas ini agak kelam sedikit, mungkin kerana ia terletak di tingkat paling bawah. Bila aku bercakap, mereka juga bercakap.

Manakala, kelas yang satu lagi terletak di tingkat atas. Angin sentiasa masuk dan membuatkan aku sentiasa segar. Meja-meja pelajar kelihatan kemas dengan cover yang dikemaskan dari tikar getah. Sudut bulletin pula agak cantik. Tulisan tangan para pelajar pun agak kemas. Bila aku bercakap, mereka mendengar.

Kelas yang satu ini, aku jaga kertas Sejarah. Mula-mula aku hairan, kenapa mata mereka seperti terawang-awang, terkebil-kebil memandang aku. Semalam ada seorang pelajar kelas itu bertanya kepadaku.

Dia : cikgu, ini soalannya darab ke bahagi [aku pandang kertas soalan yg dia pegang]
Aku: Eh, ini bukan darab ni. Soalan ni senang saja. 613 800 ni kamu jadikan dalam bentuk perkataan.
Dia : Bukan darab cikgu? [matanya terkebil-kebil, dan aku mula syak sesuatu]
Aku: Eh, kamu tak boleh membaca?
Dia : Tak pandai, cikgu. [Dan dia terus kembali ke mejanya, di situ aku agak kecewa]

Hari ini aku tanya mereka, bila aku nampak mereka seperti terawang-awang. Siapa yang sudah siap di sini? Angkat tangan? Ini minit ke 20, mereka ada masa 20 minit lagi untuk tamat. Tak ada siapa pun yang angkat tangan dan semua memandang aku. Aku sudah mula syak sesuatu. Siapa yang tak pandai membaca di sini? Aku memang rasa sebak bila dari 44 orang pelajar di situ, hanya 2 orang yang tidak mengangkat tangan. Aku memang speechless di situ. Bagaimana agaknya mereka hendak menjawab kertas soalan yang diberikan?

Siapa yang tak pandai membaca, tembak saja jawapannya. Bulat saja mana-mana jawapan dan jangan biarkan kosong. Cikgu tak dapat membantu kamu dalam exam macam ni.

Tembak saja, cikgu? Kalau salah macam mana?

Siapa suruh kamu tak mahu belajar membaca. Tembak saja, mana tau betul.

Di satu kelas yang lain, aku berjalan dari satu meja ke satu meja untuk melihat proses melukis mereka. Baju sekolah mereka agak bersih dan suasana dalam kelas pun bagus. Ada kalanya aku membantu memberi idea pada pelajar di situ dalam proses mewarna. Aku suka pendidikan seni, tapi aku tak ada bakat melukis. Ada satu sudut, pelajar ini ligat mewarna. Set Buncho dan set berus ada di sekitarnya. Kamu suka melukis atau suka Pendidikan Seni? Suka, cikgu. Dia terus melukis dan mewarna dengan ligat. Kawan-kawan yang lain menyakat pelajar tadi tu. Kamu tahu, ramai manusia hebat dilahirkan melalui lukisan mereka? Aku mula sebut beberapa nama dan melihat mereka mula tercengang-cengang. Manusia genius bukan saja dalam Matematik (macam selalu kita ckp), tp mereka yang pandai gila bermain piano, boleh berbahasa asing lebih dari 7 bla bla bla bla..Wah! Bestnya kan cikgu?

2, 3 hari ni aku kompius. Profession guru sebenarnya memang aku tolak dari dulu. Riak kan. Sekarang dah jadi guru. Tapi angin aku berubah. Kali pertama aku terima ucapan Selamat Pagi Cikgu, memang aku rasa nikmat sangat. Tercengang, oh betul ka aku jadi guru ni. Dalam masa yang sama, aku macam diberikan sebuah beg mengembara. Tetapi di dalamnya semuanya bersifat invisible. Aku tidak diberikan kompas, atau alatan yang lain. Pandai-pandai nak survive.

Kelas yang satu ini tidak pandai membaca. Manakala yang satu pula, mereka belum tahu nak cita-cita jadi apa. Camana ya hendak memupuk semangat cintakan kehidupan pada mereka ni?


Sunday, March 7, 2010

Outing : Chi


Hujan, turunlah. Berikan aku rumput-rumput hijau yang cantik dan segar. Kemudian matahari, berilah aku kekuatan melalui kehidupan di pagi segar. Pada bulan, berikan cahaya dan biarkan aku sejuk. Pada bintang, berkerlipanlah kau di singgahsana dan biar aku tenang melihat kau bersenyuman. Kemudian angin, peluklah aku perlahan-lahan dan jangan biar aku bersedih. Awan biru, kepul-kepulkan dirimu dan bentukkan impian ku. :)