Thursday, April 30, 2009

Aku macam sedikit ragu-ragu.


Pertama sekali, aku mahu tujukan statement yang pertama ini kepada kawan aku Haris, Haris kau baca ini.

Kepada sahabat lama Haris, Piwi-ku ini adalah seekor kucing. Aku terkejut bila terbaca komen kau pada entry ini. Haris, aku benar-benar terkejut. Pada pundak fikirku, mungkin kau bergurau, tetapi selepas ayat-ayat komen kau itu tidak terdapatnya perkataan Hehehehe, atau apa saja yang berkaitan dengan emosi LAWAK. Ianya seekor kucing, bukan arnab. Aduh...aku masih confius dengan keadaan ku sebentar tadi. Haris, sila beri statement balas, adakah kau bergurau ataupun memang kau sangka PIwi itu adalah seekor arnab? Double confirm..hahahaha...

Sudah lama tak cakap-cakap pasal blog. Asyik-asyik pasal fotografi. Ya, i guess most of all you getting pretty bored with my entries, lately. Tadi, aku hoping around ke dalam blog-blog yang ada dalam list aku. Ada yang sudah lama tak update, ada yang joining jadi follower aku (terima kasih ya), ada yang rajin update, ada yang tengah blur, ada yang suka cerita pasal makan-makan, ada yang lebih kepada berita sekitar tanah kelahiran.. dan.. aku, masih dengan status pengangguran aku. Ya, sedikit upset dengan keadaan ini. Aku tak sangka pun (tahun lepas) Malaysia mengalami emosi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Bertahun-tahun aku mengajar diri supaya positif dalam apa juga keadaan, tapi hari ini, dalam diri aku sudah ada cas-cas negatif positif. Kamu faham kah?

Cerita lain.

Kadang-kadang aku macam sedikit ragu-ragu dengan beberapa teman blogger aku. Ada di antara mereka ni memang sedikit religious. Ya, aku mahu cakap soal moral. Kadang-kadang aku leave comments juga di blog mereka ni. Bila aku baca diorang, pasal-hal-hal-religious, aku pun bertanya pada diri aku, layak ke aku bagi komen kat blog mereka tu? Padahal entry mereka tu begitu menarik perhatian aku. Dan entri-entri pada blog aku, hampir semuanya bukan
line mereka pun. Gambar-gambar yang aku snap.. duh!

Jadi, pada kamu yang religious person, aku minta maaf.

p/s Haris, kawan kita Suhardi mahu merantau ke Kuala Lumpur May ini.

Saturday, April 25, 2009

Siapa rindu SM ST. Cecilia sini?

Tajuk entri aku itu berbentuk soalan. Ia tidak hanya ditujukan kepada mereka yang pernah bersekolah di SM Konven ST. Cecilia (SMSC) saja, tetapi kepada mereka yang pernah menjalinkan hubungan (apa-apa hubungan) atau pernah berkaitan dengan sekolah ni lah. SMSC merupakan tempat aku bersekolah menengah pada tahun 1993-1996. PMR dan SPM kat sekolah ni lah. Pada zaman dulu (?), sekolah ni boleh dikatakan agak fofular juga lah disebabkan antara sekolah perempuan satu-satunya pada masa itu. Ini ditambah lagi SMSC berjiran dengan SM St Mary's Labuk, satu-satunya sekolah lelaki saja. Tak lama selepas tu, ada lah pula sekolah lain yang diwujudkan dengan tiada percampuran gender.

Hari ni barulah aku berpeluang untuk mengambil gambar di sekolah lama aku ni. Tapi memang tak puas hati sebab aku tak boleh akses ke kelas lama aku. Terdapat pagar utama pada setiap bahagian hujung kelas. Jadi, aku tak bleh snap lah. Memang sedikit kecewa. Sebenarnya peluang ni aku ambil bila anak jiran aku kata, sekolah SMSC akan mengadakan Bazaar Sekolah. Makanan memang lah macam-macam, tapi harga menggila bab*. Budak-budak ni memang suka bab bergambar. Kadang-kadang aku tertanya juga, kalau stranger minta snap gambar guna kamera aku ni. Apekah ada pertemuan selepas tu? Tapi setakat ni kan, terdapat juga orang perseorangan yang cam ng aku, sebab aku dah pernah snap muka diorang. Biasanya aku yang tak ingat, dorang yang akan tegur aku dulu. Haih...ngeri mak rasa!

Ofkoslah, memang banyak kenangan terindah yang berlaku sepanjang aku belajar dulu kat sini. Adik perempuan aku yang lain pun memang keluaran MADE FROM SMSC. Sekolah ni sebenarnya sekolah konven, tapi dah lama terbuka untuk bukan kristian untuk belajar di sini. Skema pelajaran sama seperti sekolah-sekolah lain, cuma ada masa-masa tertentu pelajar yang beragama Kristian akan menghadiri upacara-upacara ritual. Dan setakat ni (masa zaman aku la pula) tiada kedengaran kejanggalan pelbagai kaum dan agama di sini. Sebenarnya banyak kebaikan kalau kita bersekolah dalam sekolah yang mempunyai pelbagai keturunan bangsa dan agama. Tapi tak kurang juga pelajar yang membuat masalah. Ala, setiap sekolah mesti ada noda-noda hitam.

Aku sempat berjumpa dengan guru-guru di sana, yang aku tak kenal pun. Nampaknya hanya Cikgu Judy (guru zaman aku) masih berkhidmat sehingga ke hari ini. Bukan Judy and Mary ya Facet? Dah ramai cikgu lama (zaman aku) sudah pencen pun. Macam Mr. Chong dengan Tancho-nya dan Cikgu Ms. Teoh. Ini yang aku dapat tahu dari staff SMSC lah. Antara pengalaman yang tak bleh blah aku nak lupa adalah bila salah seorang ketua kelas tingkatan 5 yang mengalami cirit birit semasa mengambil paper BM - SPM. Kesian woooo... aku fikir najis sapa la yang kelihatan indah sepanjang lantai ke toilet tu, rupanya memang dia punya woo...Korang nak tahu, bila saja keputusan SPM dikeluarkan, budak-budak ni siap tanya si amoi tu dapat apa kertas BM? Dapat A1 meletop! Bleh plak dia tahan emosi mental dan fizikal dia ya. hakhakhak.

Masa aku tingkatan 3, pelajar Islam sudah mula diwajibkan memakai tudung ke sekolah. Sebelum tu, aku sempat pakai pinafore kaler biru langit ok. Memang sweet la aku masa tu. Kahkahkah. Bab tudung pula, masa nak masuk kelas agama saja aku pakai tudung. Maklumlah kelas kitorang masa tu kelas gabungan dengan kelas sebelah menyebelah je. Bila saja dah habis kelas Pendidikan Islam, cabut balik lah. Satu lagi aku tak bleh blah nak lupasemua pelajar yang mempunyai rambut yang panjang melebihi bahu, diwajibkan bertocang dua ke sekolah. Habis, mak aku lah hari-hari yang tocang rambut aku masa tu. Masa tu kan zaman Puteri Gunung Ledang. Tiba-tiba satu hari tu, tertinggal pula sedikit bahagian yang tidak termasuk sekali dalam dreadlock natural aku tu. Dahlah bas sekolah dah sampai, takan nak tocang balik kan. Apa lagi, aku selamba potong je bahagian yang tertinggal tu, sib baik kat tengah belakang. Wakakaka. Sampai sekolah, kawan-kawan siap tanya apasal ada ekor kecik di sebalik dreadlock natural tu. Macam biasa, aku jawab MEMANG FESEN MUSIM PANAS pun =)). Lagi satu bab Mak aku juga lah. Masa tu Mak aku potong rambut aku, tetiba saja dia salah potong. Bleh? Last-last aku pegi sekolah ala-ala G-I Jane wooo.. cuma panjang sikitlah.

Aku pun kira pandai buat hal juga dulu masa skola. Teringat masa tingkatan 4 ke 5, masa kelas Pendidikan Islam juga. Aku tengah gurau-gurau nak baling kawan aku dengan pemadam, sekali baling terkena kat kawan aku nama Suriana. Kwang! Kwang! Kwang! Dengan sekali balingan pemadam aku tu, Suriana terkena serangan jantung. Aku memang takut gila babih lah. Takut-takut dia nak saman aku pula. Tak pasal-pasal masuk Henry Gurney ke :)) Kahkahkah. Lepas tu aku penah dihadapkan ke hadapan guru disiplin di atas kesalahan membawa tape video ke sekolah. Helo, masa tu VCD ke DVD ke belum wujud pun. Tape video clip Backstreet Boys pun tapi. Banyak lagi la benda bleh blah, tapi aku malas nak cerita sebab aku upset tak dapat masuk kelas lama aku. Hahaha.. Apapun, St Cecilian rock!

mereka ni baru Tingkatan Satu.
Aku: Kakak pun dulu sekolah sini.
Mereka: Ya ka, lepas tu.
Aku: Lepas tu masuk U la.
Mereka: Abis kakak lulus la?
Aku: Lulus apa?
Mereka: Lulus sekolah la.
Aku: (Blur sambil kelip-kelip mata) :))

Cuba korang bayangkan, kelas paper BM tu nombor dua dari sebelah kiri korang, tingkat 2. Lepas tu dia kena lari pergi hujung, then turun ke tingkat bawah sekali. Jadi, apa kamu fikirkan keadaan tersebut.
Strike A1 for BM's paper. Cina pula tu. Ahmoi!


Aku tak pasti dah berapa loceng antik ni dah ada kat sini. Tapi memang dah lama la beb.



Ada kejadian kat sini. Masa tu aku ikut pertandingan bola sepak antara kelas. Bleh pula, kasut aku pula melayang semasa aku nak tendang bola sepak tu. Tu la, ketawakan lagi kawan aku sendiri masa tu yang jadi keeper pihak lawan. Bola masih di tempat asal ketika itu. Cis.


Sebelum aku snap ni, budak-budak ni action cam nak nyanyi lagu sekolah pula. Aku cakap posing la cam modelling. Wah kau! Bengkok terus pinggang nak melaram. Wow, banner punya konsep tu memang D.I.Y.



Dari atas jejantas depan sekolah lama aku. Dulu, kalau masa Valentine, korang bleh lihat bebudak cina yang kapel dengan budak sekola aku sangkut berdozen-dozen bunga ros kat jejantas ni. Ada sekali tu siap buat banner letak ayat-ayat cinta dalam bahsa cina la. Wow, memang best la. Best untuk dorang la. hahahah..

Tribution to TBU fellas.














Bila dah kembali lappy aku ni, baru aku terperasan aku lupa nak upload gambar-gambar TBU fella yang aku dah kenal ari tu. Kepada CSankai, Junaidi Comel, Don The Don, sori la terlambats ok..lalalalala....

Friday, April 24, 2009

Apa benda yang mempengaruhi hidup kau?






Untuk pengetahuan korang, lappy aku baru selesai di-inesen-kan kembali. Aku rasa 2 minggu juga lappy aku ni down. OS lappy aku dah corrupted, cd OS yang aku ada pun memang tak bleh blah..hancur hatiku. So selama 2 minggu ni lah aku macam lost sikit. Biasanya kalau aku tak berpeluang nak berinternet pun, aku boleh ejas-ejas gambar ke, buat-buat entri ke...tapi kali ni memang totally lost. Oleh yang demikian, aku pun berjinak-jinak dengan televisi. Aku tengok CSI, Oprah Winfrey, Project Runway, oh ya tak lupa juga kepada AF7. Sekarang ni pula tengah mamai dengan cerita Merah Putih. Kalau korang perasan, cerita drama Melayu sekarang ni memang bleh blah la kiranya.. Terutama siaran Astro Prima dan Astro Ria. Hakhakhak.. Channel lain tak payah cerita la beb. Bagus juga ada Astro ni, banyak benda baru bleh blah aku belajar. (padahal orang lain dah basi dengan Astro ni). Hakhakhak..Sebenarnya aku tak ada idea sangat, maklumlah baru dapat lappy inesen ni. Banyak benda nak install. Aku hantar servis, 3 jam dah siap dah. Harga format pun bleh blah lah tahan..Amacam gambar kucing-kucing ni? Yang stripped hitam tu nama dia Jantan, yang kaler putih tu tentulah Piwi. Piwi dah hampir sihat 100%. Baru-baru beberapa ekor cacing keluar dari punggongnya..waaa...memang hazab bila aku nampak cecacing putih tersebut. AKu geli amat dengan cacing ok?

Kamu nak sangat tgk gambar tak beredit kan? Ada member-member yang mempertikaikan pasal gambar-gambar aku di sini.

Ala gambar ko suma edit-edit kan?

Oklah. Aku nak kasi faham dekat kamu, kenapa aku edit gambar-gambar aku:

1) Aku tiru pada photographer2 yang pemes tu. Mereka pun main edit2 juga.
2)Aku tak boleh dapat gambar yang bagus sebab limitation yang ada pada kamera aku. Babe, kalau kamera makin mahal, gambar ko makin bagus.
3)aku tak dapat awan ungu, jadi aku edit
4) semua di atas.

Babe, ada beza penggunaan kompak dan dslr. Bila ko guna dslr tegar cam aku ni, baru kau akan faham. Jadi, jangan suka-suka kondem keja orang lain yer. Gambar ko, ada aku kisah?

Bluwek.

Sunday, April 19, 2009

Apa benda signifikan itu?

Bokbon said: Aku rasa life ni banyak lagi benda signifikan dari itu..banyak lagi benda kreatif boleh difikirkan contohnya macam mana mahu improve photo shoot ko.

Yeah, Bokbon ni sebenarnya malas mahu fikir lama-lama benda yang aku tanyakan pada dia. Tapi aku ambil kisah dengan apa yang dia bagi komen kat aku. Yeah, dia lebih suka menghabiskan burberry di dalam guanya yang mempunyai kapasiti radar maklumat yang sangat MELETOP.

Kalau kamu membaca blog aku, mungkin kamu sudah sedia maklum dengan apa yang aku mahu maksudkan ini. Berkaitan dengan event yang aku sertai awal bulan April ni. Macam-macam ayat menerjah masuk dalam ruang fikir aku dan macam-macam statement betul dan LEBIH BANYAK tak betul telah dibuat oleh beberapa pihak. Mungkin aku akan jadi seperti Bokbon, dan sebenarnya memang aku dah lakukan pun sekarang ini. Aku lebih suka memerhati KAMU dan seterusnya. Kalau canggung langkah kamu, baru aku akan bertindak. Kalau cara kamu tidak memeritkan akal fikirku, jadi aku akan membiarkan saja apa saja benda yang sudah berlaku. I'm cool.

Soal hakcipta yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu, menarik perhatian aku. Ada 5 entries yang telah aku buat berkaitan dengan event konsert pada 4 April itu. Jadi, kalau kamu tidak ikuti setiap entry itu, mungkin ini akan memberi kesan salah faham kepada kamu. Aku juga membuat observation di mana-mana situs yang memberi broadcasting pasal cerita ini. Aku berdiam tidak bermakna aku membiarkan perkara yang berlaku. Soal hakcipta memanglah aku yang punya, dan seperti yang kamu tahu aku dijemput oleh pihak TBU untuk menyertai event ini. Team ini telah ditugaskan untuk cover soal-soal media. Jadi tugas utama aku dalam event ini adalah menjadi jurugambar. Banyak pendapat yang aku dapat, terutama sekali dalam perkara hakcipta.

Tapi aku lagi suka golongkan diri aku dalam orang yang mencintai seni. Aku tatau bagaimana pengkelasan seni yang aku maksudkan ini. Cerita-cerita di dalam setiap entri ini bukanlah 100% dari pengalaman diri aku. Ada cerita di luar yang aku tidak mahu maksudkan atas hal-hal tertentu. Dan yang aku masukkan di sini merupakan perkara yang boleh aku kongsikan kepada kamu. Jadi, kamu tidak mengetahui cerita aku dan bidang ini 100% lah kan. Jadi, janganlah nilai seperti aku ini tidak mengetahui apa-apa. Bila aku mencampurkan dunia bisnis dan dunia seni dalam satu perkara hidup, memang sakit. Sebab aku ini bukanlah tegar lagi dalam kedua-dua bidang ini. Mungkin selepas ini aku akan belajar tentang apa-apa saja perkaitan dengan perkara yang aku minat (spt fotografi). Dari sudut perundangan, dari sudut kepentingan mahupun dari sudut psiokologi. Kamu fikir, mengambil gambar ini tidak memerlukan kehebatan psiokologi ke? Ah, banyak perkaitan sebenarnya. Jadi, bila kamu nampak aku ini naif, jangan sekali fikir aku ini tidak ada APA-APA.

Jadi, apa ada fikir kamu?

Yeah, mungkin aku sedikit naif. Jadi aku mahu nyanyikan lagu Nanar dari Naif. Bluwek.

Tuesday, April 14, 2009

Final: Konsert Sure Gegar Tawau 2009

Final ke ni? Aku harap yang final la juga. Tetapi sebenarnya aku ada banyak lagi gambar. Nanti aku upload lagi yang next. Yang ini, kiranya yang paling top aku nak kasi upload la. Sedikit pergeleseran pendapat antara dunia seni dan dunia bisnis telah berlaku. Ada pihak berpendapat, show tarian shuffle yang ada malam itu tidak sesuai langsung dengan konsert ini. Ada pihak yang memberitahu, budak-budak shuffle ni dah siap kena ugut oleh pihak tertentu mahu dilastik dengan pitik ....

aku: Encik Bokbon, kalau pitik tu kita panggil apa
aku: Double Paddle ke? Macamana mahu eja tu? Tawaurian panggil pitik.
Bokbon: Apa tu pitik?
Aku: Ala lastik guna paku tu. Double Paddle kan?
Bokbon: Double Paddle? (icon cry.cry)
Aku: Habis camana eja, kalau Tawaurian panggil pitik.
Bokbon: Kau tau ka apa tu double paddle?
Aku: Apa ? Apa
Bokbon: Double paddle tu yang kena pijak masa main drum set
Aku: Tau.Tau. Tapi senjata tu ada benda tah panggil padel
Bokbon: Flying Paddle.
Aku: Ya.Ya (gelak)
Bokbon: Double ? OMG (cry.cry)
Aku: Aku kempius, sbb aku selalu dengar adik aku cakap. Hei jangan la ketawa. Malu. Malu.
Bokbon: Engkau gugel double paddle, tgk imej lepas tu imagine benda tu bikin lastik (cry.cry)
Kau tau rupa dia camana ke? (cry.cry)
Aku: Tau.Tau. Sebab bapa aku ada juga benda ni buat lastik anjing (kakakakaka)

Kalau di Sandakan, kitorang panggil flying paddle. Nanti aku snap gambar macamana bentuk senjata ni. Berbalik pasal geleseran bla-bla tu. Itu terpulang pada interprasi masing-masing tentang konsep benda ni. Bagi aku pula, opening show kalau nak buat shuffling memang tak ada masalah pun. Lagi pun Shuffle adalah benda baru yang digilai oleh budak-budak muda pada masa sekarang. Lagipun konsert ini tiada menyebut IT IS AN INDIE CONCERT pun. Ezad ex-Exist pun bukan Indie people. Jadi, bagi aku, tiada masalah langsung. Pendapat aku, ini adalah berkait dengan fahaman-fahaman yang tidak berkesesuaian dengan isu semasa pun. Masa berbual dengan Ms Kimi, Manager Meet Uncle Hussain pun, dia sendiri tiada masalah dengan opening show itu. Kalau budak Shuffle show itu dipersoalkan, kenapa show Tarian kontemporari pula tidak dipersoalkan. Bokbon kata, tarian kontemporari lebih sesuai dengan show M. Nasir. Bagi aku, kalau kamu sukakan hiburan, kamu haruslah berfikiran terbuka dengan apa juga yang dihidangkan kepada kamu. Kalau kamu menganggap indie concept, shuffle concept adalah amat berbeza, memang betul pun. Tetapi jika kamu cintakan seni, benda macam ni bukanlah a big deal untuk dipersoalkan. Mungkin kamu patut dihantar untuk melihat pesta-pesta muzik di nun belantara di Sarawak. Rain Forest Music Festive contohnya. AKu pun tak pernah pergi, tetapi aku tak pandang pun shuffle dan indie band tidak boleh disatukan dalam sebuah perfomance.

Ada desas desus, ada band local Sabah yang mahu membuat show opening secara percuma pun. Tetapi tidak mendapat pengizinan pun. Ini aku tak boleh kata apa pun, sebab bukan duit aku pun nak manage konsert macam ni. Tetapi kalau aku diberi peluang buat show macam ni, sudah semestinya aku akan panggil band-band local sendiri sebagai penghargaan kepada mereka yang mencintai bidang muzik. Mereka juga harus diberi perhatian untuk disemangatkan bersama-sama memperjuangkan muzik mereka juga. Kenapa konsert besar seperti Peterpan, band Gerhana Ska Cinta juga turut diundang untuk menjadi band pengiring? Kalau kamu berjiwa besar, sudah tentu rakyat-rakyat yang kecil ini tidak ditinggalkan. Aku cuba membayangkan band Sasuka berentap hebat pada malam konsert tu. Mungkin ideologi mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri? Mungkin?

Jumlah penonton agak sedikit buat aku upset. Macam-macam isu yang aku dengar bab konsert ni. Tetapi aku lebih suka mendiamkan diri sebab aku pun 'menumpang'. Tiada orang yang suka dikritik, bukan? Tetapi aku berani jamin pun, kalau konsert sebegini dibuat di Sandakan, jumlah penonton tentu tidak menghampakan. Soal harga tiket sebanyak RM25.00 untuk penonton biasa adalah amat berbaloi untuk konsert macam ini. 2 nama besar seperti Band Hujan dan Band Meet Uncle Hussain serta 2 orang artis solo Aizat dan Ezad adalah berbaloi pun. Kau nak minta RM 15.00, itu untuk harga-harga nak masuk gig la. Ini konsert.

Apa pun aku berpuas hati dengan perfomance semua artis. Memang mantap. Terutama vokalislah. Keterangan lanjut tentang show bleh baca dekat site official konsert ni. Jadi korang tengok-tengoklah gambar kat sini ya.

Aku nak tengok shuffle lagi best dari ini. Anyone bleh bagi aku akses?

Engineer sound system untuk Hujan. Coolnya dia ni. Nama gelaran: Panjang.

Aku rindu rambut Noh yang bulat tu.

Tiada pakai extra lense.

Kaler lawa tak?

Aku tak ingat sapa snap gambar ni. Sebab Don pun ada pinjam dslr aku. Don, kalau kamu terbaca entry ni, bagitau aku kalau gambar ni kamu yang punya ya. Aku nak tukar hakmilik. Kalau kamu punyalah.

Hoyeah!

Main-main dengan cahaya lampu dan sedikit peng-editan.

Serius, aku suka shot ni. Kenapa aku tak snap Aizat saja, kata kamu. Aku cuba mahu menjadi seorang pengambil gambar yang versatile. Kamera pun untuk muka saja. Mahu aku leterkan?

Gambar rosak. Aku edit.

Pun rosak.

Tengok pentas tu, LAN MUH yang buat cam tu. Habis mikrofon terbang menerbang. Aku takan lupa dia lompat kat atas penonton. Serius best beb.

Hoyeah! HoyeaH!
p/s aku akan buat statement suam-suam selepas ini. Kepada kawan-kawan, jangan marah-marah. Aku sayang kamu.